Saya adalah pengguna sistem operasi Windows 64-bit (x64) sejak tiga
tahun lepas lagi, dan boleh dikatakan saya amat puas hati menggunakan
64-bit Windows berbanding 32-bit Windows.
Sekiranya anda menggunakan Ram 4 GB atau lebih, saya cadangkan anda
untuk menggunakan 64-bit Windows bagi menggunakan sepenuhnya keupayaan
hardware komputer anda di mana terdapat limitasi penggunaan Ram
sekiranya anda menggunakan Windows 7 32-bit.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian yang direka khas
untuk platform Windows 7 x64 dan ianya dioptimasi supaya lebih laju,
stabil dan selamat.
Senarai Perisian Penting untuk Windows 64-bit
1. Antivirus : Mhcrosoft Security Essentials x64
2. Browser : Mozilla Firefox 64-bit | Opera Browser 64-bit
3. Plugin : Adobe Flash Player 64-bit | Java Runtime 64-bit
5. Utilities : CCleaner 64-bit
6. Microsoft Office : (Word, Powerpoint, Excel ) 64-bit
7. Media Player : Potplayer 64-bit | iTunes 64-bit
8. Compression : WinRAR 64-bit | 7zip 64-bit
9. Torrent : uTorrent 64-bit
10. Productivity : Windows Live Essentials
Beberapa Mitos Windows 64-bit
1. Windows 64-bit tidak boleh main game
- Ini adalah tidak benar sama sekali, kerana sepanjang saya
menggunakan Windows x64 sejak lebih 3 tahun memang tiada masalah untuk
bermain game PC.
- Tidak kira Fifa, PES, Street Fighter IV, Battlefield 3 mahupun
Angry Birds…tiada masalah bermain permainan PC dalam Windows 64-bit
2. Windows 64-bit tidak boleh install perisian bukan 64-bit
- Tidak benar, kerana anda boleh install perisian bukan 64-bit dan
ianya akan dimasukkan ke dalam folder Program Files (x86). Ini bermakna
anda akan mempunyai dua folder Program Files dan juga Program Files
(x86) sekiranya menggunakan Windows 64-bit.
3. Windows 64-bit adalah berat dan tiada drivers hardware
Sekiranya anda menggunakan Ram yang banyak (lebih 4 GB ram) adalah
digalakkan mengunakan Windows 64-bit kerana ianya menjadikan computer
anda lebih laju dan stabil.
Untuk drivers, anda boleh download drivers yang khusus untuk 64-bit
sahaja daripada laman asal pembuat hardware anda. Driver 32-bit tidak
boleh diinstall di dalam komputer menggunakan 64-bit.
Bermula Mac OS X Lion (10.7) Apple telah
menjadikan OS X sebagai 64-bit secara default dan ianya bertujuan
menggalakkan pengguna supaya lebih maju dan tidak lagi menggunakan
perisian 32-bit.
Pengguna Windows juga harus beralih kepada
sistem operasi 64-bit dan jika perlukan Ram lebih sila beli sekarang
sebab Ram sangat murah. 4 GB DDR3 boleh dapat dengan harda RM60-70 saja.
Jika anda mempunyai key Windows yang sah, anda boleh download ISO Windows 7 64-bit daripada link rasmi Microsoft.
by: : jomphp
0 comments:
Posting Komentar
Thank You!!